Monday, 11 January 2016

Nasi Kandar Babi -Nasi Kandaq yang Tak Didendang.


Mungkin ramai yang belum pernah dengar tentang kewujudan Nasi Kandaq babi.Aku jamin, orang Penang sendiri pun belum tentu pernah dengar atau rasa sendiri Nasi Kandaq babi.

  Nasi Kandaq Babi?Apakah itu?Berlauk babi kah?Atau babi kah yang jual?Sabar dulu, jangan buat apa-apa persepsi sebelum baca artikel ini sampai habis ok.


  Ini dia Nasi Kandaq babi yang aku maksudkan.Gerai kecil ini terletak di Air Itam,Penang.Apa yang menariknya ialah, gerai ini terletak berhampiran dengan beberapa stall yang menjual daging babi (100 meter).Oleh sebab ini lah ,orang tempatan menggelarkan nasi ini sebagai Nasi Kandaq Babi.So, jangan salah faham ok, nasi ni tidak menyediakan lauk babi sebagai sebahagian menu nya.Jangan pulak lepas ni, ada yang ke kedai ni dan mintak lauk peha vavi.


  Ya, mungkin nasi ini tak sefamous Nasi Kandaq Line Klear atau Nasi Kandaq Beratuq yang lokasi nya di area town.Tapi, rasa, dan aroma nya aku pasti 12 kali lebih sedap dan melekat berbanding dengan beberapa nasi kandaq lain yang lebih berjenama.Untuk orang-orang penang khasnya, hampa mesti cuba dahulu nasi kandaq ini .Aku yakin, selepas mencuba nasi ini, hampa akan nampak tanda-tanda ketagih dalam diri hampa.
Antara tanda-tanda nya ialah sukar tidur malam.

  Kenapa aku kata macam tu?Sebab, Nasi Kandaq babi ni hanya beoperasi dari jam 2.30 a.m (pagi) sehingga jam 9 pagi.Ya betul.Malam atau siang  mungkin mamak ni tidur.



 
Tidak melampau kalau aku katakan, nasi ni sebenarnya, boleh dimartabatkan antara 5 nasi kandar yang paling terbaik dalam Pulau Pinang.Jadi, pada kawan-kawan yang teringin nak cuba boleh pergi sendiri ok, gerai dia terletak berhampiran dengan suiwah Air Itam.Kalau tak tahu juga, senang ja.Nampak land mark, ada stall daging babi, warung nasi ini bertentangan dengan nya.



9 comments:

  1. Sbb nsi ney la dlu tyme stdy.. trun bkit blik plau pkoi 3 4 pg..

    ReplyDelete
  2. Sbb nsi ney la dlu tyme stdy.. trun bkit blik plau pkoi 3 4 pg..

    ReplyDelete
  3. yeah, teruskan menyaport nasi kandaq babi hehe

    ReplyDelete
  4. yeah, teruskan menyaport nasi kandaq babi hehe

    ReplyDelete
  5. alamakkk ad artikel pulak lagi ramai la nnti beli jenoh beratoqqq oiiiii

    ReplyDelete
  6. yeah bantu perniagaan sesama muslim in sya allah

    ReplyDelete
  7. yeah bantu perniagaan sesama muslim in sya allah

    ReplyDelete
  8. mєѕtí mukєr udαh mcm вαвí jєr вílєr вєrαtσr kαt ѕítu....kíkíkíí 😝

    ReplyDelete
  9. Play at the World's Biggest Casino - Woorica Casinos
    World's 한게임 포커 클래식 Biggest Casino at Woorica Casinos. Woorica casinos offer 승인전화없는 토토 꽁머니 real money slots and real money slots, 사설 사이트 roulette, keno, video 벳 365 코리아 우회 poker 사설 바카라 and the

    ReplyDelete