Salam ,selamat sejahtera.Salam 1 laporpo.
Wahhhhhhhhh.
Buat permulaan izinkan aku untuk wahhhhhh.Dah lama rasanya tinggal zaman-zaman blog ni ,hampir 5 tahun.
Aku masih ingat, satu ketika dulu (2008) waktu aku masih study di USM (bukan unit simpan mayat), blog ni kira mainan semua kawan2 di waktu malam dan waktu free.
Dari aktivis teater, pekerja kilang sampai lah tukang pembancuh air pun semua ada blog.
Dan setiap kali kawan tu post apa2 artikel, dan dia dapat comment (dari kawan yang dia jumpa hari2) dia punya perasaan happy tu macam baru hisap rokok dunhill sebatang waktu lepas buka puasa.
Waktu tu, blog dah mewarnai ramai hidup kawan2 aku.
Tapi, setelah mark Zugebekk telah memperkenalkan facebook, segalanya semakin berubah.Insan lebih hepy dengan facebook yang lebih mudah dan up to date (kononnya).
Aku pun seperti kawan2 yang lain, mula meninggal kan dunia blog dan aktif di fb dengan selalu mengupdate pic2 hensem aku selepas balik kelas.Begitulah putaran dunia, bila datang sesuatu yang baru, yang lama semakin ditinggalkan.Adat.
Dan hari ini (9 januari 2016), tiba2 aku terasa nak menulis blog kembali.
Ada beberapa sebab aku menulis blog kembali, antaranya aku baru beli hp yang baru (vivo).Jeng jeng.
Dan atas beberapa sebab yang lain yang akan diceritakan dari masa ke semasa.
Harapan aku, semoga blog ni akan ada pembaca2 setia yang sentiasa menunggu setiap post2 dari aku.Keh3.
#laporpo
blog oleh Abu Mamu untuk semua.Tak kira siapa anda, ribel,mainstream, kutu, lalat mahupun polis. #laporpo
Friday, 8 January 2016
betul betul laporpo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment