Kalau hampa semua perasan ,setiap hari kita dah habiskan hampir 1/5 dari masa untuk berfacebook /handphone.Mungkin ada setengah setengah orang yang menghabiskan lebih dari itu masanya untuk bermain fon.
Dalam satu kajian yang aku sendiri dah buat dalam masa beberapa minggu ni, aku dapati perhubungan manusia sesama manusia semakin bermasalah.Contohnya, kes penceraian, pergaduhan,permusuhan,fitnah dan cacian sesama manusia semakin meningkat dari hari ke hari.
Mungkin kita sendiri perasan, di fb terutamanya, berapa banyak sang parandey sedang membiak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Sang parandey ini suka comment atau post tentang sesuatu yang dia sendiri tak tahu.Tapi, demi membuktikan pada masyarakat fb bahawa dia pun hendak bersama dalam isu semasa maka dia pun akan menulis sesuatu atau setidak2 tidaknya akan copy paste dari mana2 sumber yang belum pasti kesahihannya.
Kalau kita lihat dari satu sudut yang matang, sebenarnya sang parandey ini dah memberi masalah kerana mengelirukan fakta dan maklumat.Mungkin, tak perlu aku cerita lebih panjang tentang hal ini buat masa ini.
Apa yang aku nak terangkan di sini juga, semakin hari facebook dah umpama "tuhan" buat kebanyakkan orang kita sekarang.Golongan ini akan berdoa, mengharap dan merintih segalanya di facebook.Oh my god, mungkin akan ada yang tak setuju dengan pernyataan ni, tapi ini lah hakikat yang mesti kita telan.
Segala-galanya di ceritakan di facebook, dari rahsia rumah tangga sampai la pic mayat yang baru mati tak sampai 5 minit sudah pun akan di upload di fb sekarang ni.
Beberapa bulan yang lepas, aku pernah saksikan suatu kejadian yang bagi aku aneh perilaku nya.Keanehannya sama seperti tragedi seorang manusia bila dalam proses betukar menjadi warewolf atau zombi.Dengan mata aku sendiri, aku lihat macam mana seorang pemuda ni (nama di rahsiakan, tapi kalau nak tahu siapa, boleh pm aku) menjadi tak keruan dan seumpama orang gila bila hand fon dia bermasalah.Aku tak tahu sama ada hp dia heng atau apa yang jadi, tapi yang aku pasti waktu tu dia tak dapat akses untuk bermain facebook.Cacian dan makian terus keluar dari mulut dia hanya sebab tak boleh main facebook.Apa yang membuatkan ia lebih tragedi lagi, pemuda ini menendang2 tiang besi yang ada behampiran kami waktu tu.Aku cuma tengok, dan langsung tak terniat nak menenangkan dia , sebab aku tahu dia dah terkena virus.Virus gila fb.
Ini lah masalahnya ,bila mana kita tak pandai nak mengawal sesuatu pengaruh supaya kita tak bertuhankan pengaruh itu.
Di kedai makan.
Ini satu lagi situasi yang aku rasa hampir semua dari kita pernah atau sedang lalui sekarang.Waktu makan di luar bersama kawan kawan mahupun keluarga, merupakan waktu yang patut dirai dan digunakan sebaik nya.Betul?
Tapi malangnya, aku pernah berhadapan dengan situasi, bila kami bersama semeja kesemua yang ada di situ hanya bermain handphone.Tak habis2.Aku pun tak tahu apa yang depa ni terlalu taksubkan.Sehinggakan aku pernah kenal beberapa orang, yang tangan nya tak pernah tak ada hand phone walau pun sedang berak dalam jamban.
Facebook, wassap,wechat,ig,twiter.
Aku harap dia tak post pic taik dia tu di Istagram.Kalau dia post, mungkin hashtag yang paling sesuai untuk post itu ialah #taikkeras #semalamlebihpanjang #taiklaporpo
Alternatif
Tak dinafikan ,fb,ig,wasssap dsb banyak memberi kebaikan malah memudahkan urusan seharian kita.Namun itu tak boleh menjadi alasan untuk kita hidup dalam suasana persahabatan yang harmoni.Kenapa tak harmoni?
Kerana aku paling pantang, bila aku bercakap dengan seseorang tu, tapi tangan dia sedang membelek hp.Kenapa ajak aku berjumpa kalau hendak bermain hp?
Aku pun tak faham.Dan aku sendiri dalam proses meminimum kan penggunaan hp dalam jadual seharian aku.
Mungkin sewaktu kita bersama kawan2, di kedai makan ,kita boleh setkan satu masa tertentu untuk bermain hp.Misalnya 5 minit atau 10 minit.Mesti ada seorang ketua di situ.Dan dia yang patut bagi arahan, contohnya begini "ok masa untuk hand fon, 5 minit".
Aku pernah buat cara ni dengan kawan2 di kedai makan, dan hampa patut tengok betapa gelojoh nya depa bila dapat pegang hand fon walau untuk 5 minit.Kegelojohan depa tu dapat dilihat dari riak wajah dan gerak badan yang terlalu obses dan seronok gila.Kegelojohan tu ibaraat berada berdua2an dengan seorang perempuan jepun di dalam satu bilik.
Ok dah sampai masa untuk stop berleter.Gunakan fb dsb dengan masa yang sesuai.Jangan obses.Bye
Setiap kali post di mana2 fb portal hiburan mesti ada yg "berperang" sesama sendiri di ruangan comment...walauapapun tajuknya..sama ada buruk ataupun baik..
ReplyDeleteaiseymen ini orang pertama yang comment di blog ini, ada hadiah menanti anda
Delete